Sabtu, 16 Julai 2011

semoga sejarah tidak berulang lagi...

Assalammualaikum pembuka bicara..


    Dalam x sedar dah nak hampir bulan puasa..tiap kali bulan puasa pasti hati ku rasa sayu dan sedih bila mengingat kan peristiwa yg berlaku pada hidup ku..kerana terjadi sesuatu yg x diingini berlaku dalam kehidupan ku yg x kan ku lupa sampai bila2..di sini ingin ku cerita kan tentang pengalaman ku pertama kali menjaga anak2 dgn sendri.masa mula2 aku berhenti kerja aku telah mengandung kan anak no3 masa tu kira hidup aku susah kerana suami aku keje x menentu,hanya allah jer yg mengetahui betapa perit nya hari2 yg ku lalui.ketika aku mengandung kan anak no3 suami x bekerja selama 3 bln,masa tu aku sgt stress,nak marah pun x blh sb suami ku walaupun x bekerja tp hari2 dia keluar pergi mencari kerja smpai ke johor dia pergi interview keje.tp apa kan daya x de rezeki suami.masa tu pula ada 1 syarikat panggil hubby bekerja masa tu alhamdulillah la sb dah ada pendapatan tp x banyak la,dalam masa tu juga hubby tunggu2 pangilan keje lain..pas tu dpt la hubby keje sekuriti pula x sepadan dgn kelulusan dia,amik kos lain tp akhir nya keje jadi jaga..x pe la janji gaji blh tahan blh sara kami anak beranak,aku rasa kalau org lain yg x leh sabar tu msti lama dah berpisah kot..tp allah maha mengetahui dan maha pengasih kerana aku blh sabar dan tabah menghadapi semua tu..x lama tu pada 11hb jun 2008 aku bersalin anak no3 masa tu mmg aku x de buat apa2 persediaan lansung,dah la x de duit nak beli baju baby,semua dpt ihsan dari adik beradik,nasib baik la adik beradik banyak baju anak2 nye yg x pakai so rezeki baby aku la..Masa tu pula ramai kawan2 yg tertanya2 mcm mana persediaan nak bsalin nnti,sb masa tu keadaan aku betul2 stress  dgn gaji hubby yg cukup2 makan,itu pun x cukup gak..akhir nya dgn bantuan kakak2 dan kawan2 baik ku,mereka membantu aku dari segi kewangan sikit2 smpai la baju2 anak dorang yg dorang x pakai dorang bg kat anak aku..Alahai miskin betul hidup aku masa tu..alhamdulillah itu rezeki baby ku..


    Masa aku lps bsalin smpai nak ber urut pun hutang kat bidan tu..hehe nasib baik la bidan tu ok dgn aku,dia faham aku x mampu sgt,tp aku mmg terpaksa berurut itu pun berurut dah nak habis pantang,smpai bidan tu marah aku sb x bg tau dia awal2..ye la aku segan,org x berduit mmg cm tu..hehe lps seminggu tu hubby dpt gaji,aku seatle la duit kat bidan yg mengurut aku tu..masa tu hidup aku mmg dah susah gak..alhamdulillah baby aku menyusu badan sepenuh nya,sb masa aku mula2 mengandung tu aku pegi dgr ceramah susu ibu kat KK yg aku check up tu..banyak la yg aku pelajari,masa tu mmg membuat aku rasa yakin aku blh menyusu kan baby aku yg bakal lahir nnti..alhamdulillah aku BERJAYA bg anak aku yg ke3 susu badan,jimat duit hubby aku..hihi tp alhamdulillah baby ni dia mmg faham dia tau mama dia x bekerja hanya harap ayah dia sorang jer keje..tp kesian gak aku tgok sb masa anak no1 n no2 mereka mewah pakai pampers mahal,minum susu mahal,baju mewah2.tp nasib anak no 3 ni x sebaik anak yg no 1 n 2..sb masa tu aku bekerja so gaji ngan hubby masa tu mmg dalam sebulan income kami berdua ada la dalam 5k lebih sebulan..ye la masa tu hubby perpangkat basic jer dah 2k lbh campur lak ngan overtime gila2 hubby dpt sebulan hampir 3k,aku lak basic 1k lbh dgn overtime mmg blh dapat 2k lbh..masa tu hidup mmg mewah,nak belanja senang nak beli apa2 pun senang,tu la org kata hidup x selalu nya indah kan..sejak berenti keje tu hidup kami betul2 berubah,masa senang x igt,bila dah susah baru nak beringat..hehe dulu boros x beringat..bila dah susah pandai pulak  bajet2..bila hidup senang adik beradik pandang bila susah adik beradik x pandang..itu la lumrah hidup kan..


   Bila dpt anak yg no 3 ni aku mmg seronok sb dpt menyusu kan dia dgn susu badan sepenuh nya..biar la org lain nak kata org yg x bekerja ni x maju x pe janji aku BANGGA aku dpt menyusu kan anak aku dgn susu badan sepenuh nya,aku BANGGA dpt tgok anak2 aku membesar depan mata dan aku pun x susah kan hidup org lain...lg pun hubby mmg faham dia la yg banyak bg aku sokongan utk menyusu kan baby aku dgn susu badan sepenuh nya..dan dia mmg x bg aku keje sb dia x yakin pada org jaga anak..1 lg sb dia mmg nak aku menyusu kan anak aku yg no3 tu dgn susu badan sepenuh nya..best la kan dpt duk umah cm tu sb ramai yg nak jadi suri rumah sepenuh masa tp x dpt kan? so aku alhamdulillah bukan dpt jadi suri rumah sepenuh masa jer dpt jadi MANAGER  lg dalam rumah tangga..hihi..tp mmg sakit gak x bekerja ni sb dah biasa keje semua dah biasa mewah,bila x bekerja ni mmg kena pandai2 la kan..pada suatu hari tu masa tu anak aku yg no 3 usia dia baru setahn 5 bln,masa tu dia terkena air panas..aduhai berat mata memandang berat lg bahu yg memikul masa tu..kejadian tu terjadi masa bulan puasa la pada bulan september thun 2009 tarikh nye aku x igt..3 hari lg nak raya anak yg no 3 tu terkena air panas..masa tu aku betul2 menyesal tp nak wat cm ner kan perkara dah terjadi..mmg masa tu aku x sedar lansung dia kedapur,masa tu aku nak buat air panas masa lps buka puasa,aku amik la air yg dalam thermo port tu aku letak atas meja tgh2 meja aku letak ada la dalam 1 jug kecik tu,tp beralas kan alas pinggan,masa tu aku dah tidur kan anak no3 aku tu,x sedar bila masa dia bangun dan pergi kedapur masa tu x sampai 5 minit aku kat sinki nak tambah balik air panas yg telah aku ambil kat dalam thermo port tu..bila aku berpusing aku tgok dia dah tercurah diri dia dgn air panas tu..ya allah masa tu aku mmg x tau nak buat mcm mana,pulak tu suami aku lak keje malam,apa lg aku pun amik la anak aku tu bawa g bilik air terus jirus kan dia dgn air sejuk dan bila aku tanggal kan baju dia masyaallah tercabut kulit2 dia kat baju tu..allahuakhbar..


  Lepas tu aku minta pertolongan jiran2.lalu aku pun bawa anak aku ke hspital,masa tu aku pegi hspital swasta sb tu jer hospital yg dekat dgn rumah aku,sampai jer hspital tu nurse x buat apa2 pada anak aku.dorang lengah2 kan jer..mmg haram betul hospital tu kalau org nak mati dah blh mati dah...rupa-rupanya letak duit 2000 baru dorang bg rawatan..allahuakhbar dunia duit...x buat apa2 pun kena bayar 500 ringgit tu..mmg harem jadah..lps tu doktor pun ckp kalau nak masuk situ kena letak deposit.aku pun suruh la jiran aku tu bawa anak aku pegi PPUM..sampai jer PPUM terus anak aku masuk dalam bilik rawatan terus 4 org doktor keje kan anak aku..hehe keje kan tu bg rawatan la..dorang balut anak aku cincai2 jer aku rasa doktor tu pun dah kalut gak kot tgok keadaan anak aku tu..lps doktor dah buat rawatan tu tggu lak doktor pakar kanak2 dtg.. tp masa tu doktor pakar tu bz..lalu anak aku dia masuk kan dalam wad ICU..x lama tu doktor pakar tu masuk tgok dorang balut anak aku mcm balut lepat pisang..smpai anak aku dah kena jangkitan kuman la..lps tu doktor tu jerit kat semua doktor2 yg rawat anak aku tu..teruk gak la doktor2 tu kena dgn doktor pakar kanak2 ni..aku pun tkut tgok muka doktor pakar tu marah kat anak2 buah dia..smpai aku ada terdengar doktor tu kata "u all ni nak bg baby tu mati ke? baby tu baru setahun lbh. luka dia kena air panas tu 20% korang blh buat cincai2 mcm tu jer ke u all tau bb tu dah kena jangkitan kuman"..mmg mcm2 la doktor tu marah anak2 buah dia..lps tu doktor tu bawa anak aku g bilik bedah utk wat dressing.lps dah siap wat dressing tu anak aku di bawa masuk ke masuk bilik ICU balik,dorang pasang kan anak aku mesin sokongan tu,masa tu aku dah panik tkut jadi apa2 sb anak aku dan kena jangkitan kuman,di kan dah free skin tu yg org lain x blh ada dalam bilik dia kecuali aku ibu dia utk temani dia..masa tu masuk ubat tahan sakit drip dah berkali2 tukar sb dia cabut nye..mmg teruk gak la anak aku masa tu..aku mmg menangis jer sepanjang hari aku di hospital..smpai bengkak2 la mata aku..lps tu aku kena soal siasat dgn doktor pakar tu pas tu dtg lak org dari kebajikan dtg soal siasat mcm mana perkara tu blh berlaku sb dorang tkut kes dera anak..ya allah x kan la aku dera anak kot..pas tu aku ckp kat doktor tu anak aku,aku kandung 9 bln 9 hari tp over due..hehe x kan la aku nak dera anak aku..lg pulak aku menyusu kan dia 24 jam dgn susu badan..so dorang pun x de la soal aku lebih2 sb dorang tgok aku ni mmg nampak mcm ibu yg baik tp mmg baik pun...heheh masuk bakul la pulak..ye la perkara nak terjadi kan kita x duga.itu dugaan allah pada aku..besok tu adik beradik aku dtg melawat anak aku..1 jer pertanyaan dorang pada aku yg buat aku sentap sikit la..dorang tnya "laki ko cm ner bila dia dpt tau anak ko jadi mcm ni"?aku pun ckp la mcm mana apa?so adik beradik aku pun tnya la "dia x marah ko ke"?itu yg dia tnya..aku ckp la x de la..lansung dia x marah aku pun lg dia kesian dan sedih lg ada..sb dia tau aku pun masa tu susah hati,sb org yg tersayang sorang2 pergi dalam hidup aku..


  Sebelum kejadian tu ibu aku meninggal dunia masa tu pada hari raya setahun sebelum tu..lpas tu 2 hari sebelum anak aku kena air panas tu abg ipar aku pulak meninggal dunia suami kakak aku no3 dia yg lambat kawin dia la yg jadi ibu tunggal dulu..tu nasib dia kan..,lps 2 hari abg ipar aku meninggal dunia anak aku pulak kena air panas..lps 1,1 bencana yg menimpa keluarga aku..suami aku ni dia mmg baik mmg penyabar org nye dia mmg x penah salah kan aku lansung anak aku jadi mcm tu.lps tu aku pun tnya suami aku,"ayah x marah mama ke anak jadi mcm ni'?pas tu hubby ckp nak marah pun x guna gak sb benda dah berlaku kata hubby aku..so smpai raya la aku beraya kat hspital ..smpai anak aku sembuh duk hspital masa tu ada la dalam 44 hari aku jadi penghuni di PPUM tu..hihi blh di kata kan semua nurse2 kat wad menara timur tu kenal anak aku,sb dorang pelik tgok doktor pakar yg rawat anak aku tu dorang kata x sangka doktor tu sayang kat anak aku sb doktor tu dah lama berkhidmat kat situ x penah dorang tgok doktor tu sayang budak2 seperti dia sayang anak aku..masa tu anak aku punya nama glamer la kat wad menara timur tu..mungkin sb anak aku ni dia baik tabah dan x mcm baby lain kot walau dalam sakit2 dia pun dia blh gelak ketawa dgn doktor tiap kali doktor dia masuk nak rawat dia,doktor tu msti cium dia salam ngan dia,nama doktor anak aku tu Dr.Magret ..semua nurse2 kat situ panggil doktor magret tu doktor danial.(nama anak aku)..mmg semua doktor2 kat situ tkut,hormat dan kagum dgn dia..


   Lps 4 hari anak aku kat ICU dia pun kena tukar kt wad sebelah kira ICU gak tu tp yg x kritikal..masa anak aku duk situ best la sb 1 bilik 2 org..44 hari aku x balik rumah,aku duk jaga anak aku tu kat hspital..smpai raya deepavalli la aku beraya kat hspital.doktor anak aku tu doktor khas..setiap pagi dtg wat dressing kat anak aku..doktor yg wat dressing kat anak aku tu ada 6 org doktor nya semua doktor pakar gak tp x sepakar dr.magret tu..hihi..pg2 jer wad kecoh dgn suara anak aku bukan sb dia nangis kena dressing sb dia x nak aku tinggal kan dia dgn doktor2 tu..aku lak x sanggup tgok doktor buka balutan badan dia,so aku pun kuar la,menyorok dari dia..sb kalau dia nampak aku lg kuat dia nangis nye..nasib baik la anak2 aku yg sulung dgn no 2 tu dah pandai berdikari,dah pandai jaga diri sendiri sementara nak tggu nenek dia dtg dari kampung dorang la yg bantu ayah dia kat rumah semasa ketiadaan aku..alhamdulillah anak aku mmg dah blh di harap..nasib baik la masa tu cuti skolah,kalau masa sekolah kesian anak2 aku yg lain tu..lps tu tiap kali hubby dtg hspital dia asik tnya jer bila blh balik,aku ckp la mana leh balik selagi luka anak x kering doktor bukan suka2 nak lepas kan balik..kalau jadi apa2 sape nak tanggung kan?lps tu kami pun sama2 la redha..ni dah nak puasa ni teringat2 pulak peristiwa tu..moga allah beri aku banyak kesabaran utk aku tempuhi hidup yg penuh duggan ini..aku pun bersyukur sb walaupun anak aku sakit aku ttp dapat menyusu kan dia dgn susu badan,masa dia sakit nak minum susu pun guna tiub,bg susu tambahan kt hspital tu dia x nak dia nak susu aku juga,setiap 2 jam sekali aku pegi pum susu simpan kat freez kt bilik pam susu tu,banyak juga la susu aku yg aku simpan kat tmpt beku tu dalam tu penuh susu aku jer..tp x sempat nak amik gambar sb x de masa..hati pun sudah x tenteram kan masa tu..hehe lps 3 minggu baru aku dapat peluk dpt menyusu kan anak aku direct..smpai la usia dia 2 thun 7bln aku menyusu kan dia dgn susu badan..itu pun sb dia nak dpt adik tu yg dia terus berenti tu,sb dia kata susu tu utk adik dia pula..


    Aku harap dan aku berdoa puasa yg akan datang ni jgn la ada lg perkara2 yg x diingini berlaku,dan aku akan pastikan anak2 aku semua selamat..tkut gak yg baby sarah ni,sb masa puasa nnti usia baby sarah ni dah 9 bln dah lasak tu..mmg kena pantau tu..itu pengajaran pada diri aku supaya lain kali aku x leka dan alpa dgn perkara2 yg mcm tu..kemalangan itu blh berlaku di mana2 aja..pasti kan anak2 kita sentiasa selamat..  


                                           Muhammad Danial Hairil di wad ICU


                                            ni dah sihat sikit  


                                           dgn tok mek dia

                               
                              haa ni baru kuar hspital masa ni dia makan jer
                              sb kat hspital dia x leh makan apa2..balik rumah
                             dia tibai KFC cukup2..


                                          bsama abg ngan kakak dia


                                       haaa ni kawan gaduh dia..abg ngah dia..


                                   ni dia Muhammad Danial Hairil dah ensem


                                             Muhammad Danial Hairil
                                             Muhammad Danial Hakimi
                                             Nur Sarah

2 ulasan:

  1. Org kata ibu jgn berkecil hati dengan anak,nnti kesian kt anak x masuk syurga.tp dptkah seorang ibu terus bersabar dgn sikap anak yang telah kurang ajar pada diri mereka?sampai bila kah ibu ini harus bersabar?ya allah betapa berat tanggungjawab ibu pada keluarga dan anak2..

    Wahai anak tau kah kamu jika derhaka pada org tua kamu,kamu berdosa besar dan tidak bau syurga?hargai la pengorbanan seorang ibu melahirkan kamu,seorang ayah yang siang malam mencari rezeki untuk kamu dan juga untuk keluarga!tidakkah kamu fikir bagaimana ibu dan ayah kamu bersusah payah membesarkan kamu?

    Jangan la kamu ikut hati yang muda wahai anak2.jika kamu ikutkan hati mu kamu akan mati,jika kamu ikut nafsu mu kamu akan lesu.

    ketika kamu lahir siapa yg ada di sisimu? IBU!
    Ketika kamu mula berjalan jatuh siapa yg pimpinmu? IBU!
    Ketika kamu mula sekolah siapa yang telah uruskan mu? IBU!
    Ketika kamu sakit siapakah yg berada di sisimu? IBU JUGA KAN??

    Dan tidakkan kamu tau segalanya ibu lakukan untuk kamu wahai anak2.tidakkah sedikit hati kamu otak kamu berfikir tentang pengorbanan seorang ibu.ataupun jika ibu dan ayah mu telah tiada masa tu baru kamu akan rasa menyesal?maka berubah la wahai anak2 semua.sebelum ibu dan ayahmu menutup mata mereka buat selamanya..


    Nukilan rasa seorang ibu....

    BalasPadam
  2. Lama dah x update blog.dah bersarang dah blog aku..haha..

    BalasPadam